SaNtAU dA mOViE

Ada dua perkara yang membimbangkan aku tentang wayang sekarang:
1. Oleh sebab filem gore macam Zombieland dipotong-potong, orang tetap akan cari DVD lanun (itu saja poin kenapa kita beli DVD lanun kan, sebab tak potong! bodoh LPF!), malah aku tak tahu kenapa tukang wayang gambar kita yang gemuk-gemuk belaka ni buat pemotongan, buruk lah korang potong filem! Macam takde seni langsung! Ya, filem seperti di atas orang tetap akan cari DVD lanunnya dan akan menjauhi DVD tulennya (sebab mereka takut lambang LPF menandakan filem tu pun dipotong, jadi buatpe beli filem potong kan?), melainkan ianya Inglorious Basterds yang sememangnya sebuah filem yang wajib ditonton dalam wayang (ya, ada filem yang mesti ditonton dalam wayang untuk cinematic feelnya, tapi ada juga yang macam lahabau telefilem, yang maaf cakap, kebanyakannya filem-filem Malaysia macam tu!)
2. Mak ayah tetap bawak anak gi tengok filem yang tak sepatutnya. David Teo tahu apa tentang had umur, dia tahu nak untung filem je! Santau adalah sebuah filem yang memang tidak sesuai untuk tontonan anak-anak (Poltergeist LAGI sesuai!), maka melihat filem ini mendapat rating PG-13 amat-amatlah mengganggu fikiran aku (tapi secara hipokrit, memang masa kecik-kecik aku dipaksa tonton filem seram yang dulu langsung takde rating).
Santau bagi aku sangat senang dari segi plot. terlalu senang: satu keluarga kena santau oleh jiran busuk hati, jadi si suami yang tak caya ilmu hitam terpaksa mendepani hal ini lalu membawa isteri dan anaknya berubat. Dari awal hingga akhir, ini merupakan satu lagi rip off The Exorcist. Malah skeptikel suami samalah macam skeptikal si ibu seawal Reagen kena kacau, ada katil goncang lagi!
Tapi lantaklah semua tu. Apa yang aku suka tentang Azhari ialah, kemasukan humor dalam filem yang yang sarat serius ni. Beliau dulu amat dikenali sebagai penulis skrip filem-filem komedi dan drama Prof Razak di bawah kelolaan David Teo. Jadi memang ada beberapa dialog yang tak berapa kena, tetapi ada juga beberapa babak yang bagus (nanti aku citer). Yang aku tak berapa berkenan, malah langsung tak rasa takut merupakan babak-babak "opocot" terkejutnya yang langsung dah tak terkejut (sebab dah dibuat banyak kali dalam filem-filem sebelum, orang dah agak), malah gaya David Teo masukkan unsur runut bunyi dah tak menjadi sangat dah.
Malah Metrowealth merupakan antara penerbit filem yang mempunyai pembukaan logo syarikat yang paling buruk dalam sejarah filem Malaysia. Penuh dengan bumi dan cerekawala dan bintang, aku tahu David percaya pada ong-ong ni, eloklah sangat tu buat filem untuk orang Melayu kuatkan diri lawan ilmu hitam dengan kuasa Allah. Tolonglah David, tukarlah, tengoklah betapa simple tapi efektifnya pembukaan logo syarikat filem-filem Thai.
Ok, now the good part:
Filem ini takkan berjaya kalau tidak ada Esma Daniel. Aku suka lingkungan emosi yang Esma bawa, dia boleh berlawak tetapi juga faham akan serius dan bahagian yang memerlukan kuasa yang lebih dari itu. Malah Esma melakonlan wataknya dengan berkesan sekali, kita nampak wajah "manusia"nya wataknya, seorang dermawan kaya yang tidak mahu mempercayai tahyul dan tidak tahu bagaimana mahu mendepaninya. Ini lebih berkesan daripada ketidakfahaman Pierre Andre dalam Jangan Pandang Belakang (kalau dilihat kebelakangan ini, David memilih bintang-bintang yang boleh berlakon baik dalam satu plot yang seakan sama dalam filem-filem seramnya).
Satu babak yang mungkin tidak efektif pun seramnya tetapi reaksi dan emosi pada tahap manusia yang berjaya ia keluarkan: ini adalah babak dalam van (yang dikecohkan dalam Melodi Ahad lepas) di mana Puteri Mardiana yang disampuk meracau, lalu tensyen mula terbina apabila Puteri meracau teruk (tampak komikal tetapi sangat berkesan), kaki ditendang ke pemandu (Man, lakonan Handy Black) dan Puteri mahu terjun keluar van dengan membuka pintu. Waktu sudah suntuk, Esma melaung agar pasang CD Yassin. Waktu itu, kerana tidak keruan lagi, Esma menumbuk dan menumbuk isterinya. Puteri jatuh pengsan. Babak ini merupakan babak paling efektif dalam keseluruhan filem ini, tidak pun seram tetapi berjaya dalam memancarkan drama manusia dalam ruang lingkungan kecil, serta dinamisme yang dimainkan, iaitu seorang suami yang tidak memahami, lalu "suara patriaki"nya, dalam budaya penuh lelaki "keluar", dia menyampaikan "kekejaman" terhadap isterinya (yang buatnya dia tidak faham adakah isterinya atau "benda itu"). Hal ini sekali gus menyentuh dan menekan secara psikologikal, serta relevan sebagai pengkajian kuasa suami ke atas isteri. Ini merupakan kekuatan Azhari yang sebenar, dan bukan bahagian entah apa-apa dengan kejutan yang bukan-bukan dan tidak perlu pada awal cerita.
Satu babak lagi merupakan waktu pembuangan hantu santau (exorcist), yang ditemukan dengan Bob Lockman (waktu ni, semua orang di pawagam ketawa!), lalu kemudian seorang Lebai di surau. Ini adalah satu bali babak kuat, dan buat aku babak yang baik. Pada awalnya, semua orang ketawa apabila melihat Puteri merengek dan meracau (biasa, aku tonton The Exorcist pada awalnya, aku ketawa dengan kata-kata lucah oleh Reagen, bukan takut), tetapi as the tense build, dan Puteri melambung ke ayat Quran, semua orang tiba-tiba senyap dan ternganga dalam pawagam. Saat itu mereka sedar, ini bukan filem main-main, seperti mana pada awal filem dinyatakan ia diilhamkan daripada sebuah insiden sebenar. Filem ini, seperti mana filem-filem sebelum Metrowealth, memapatkan bahawa ilmu hitam ini benar dan ianya amat membahayakan, malah merosakkan. Ada satu mesej yang kuat secara tanggung jawab di sini disampaikan oleh David, walaupun amat didaktik bunyinya: ilmu hitam itu salah, dan Allah tentu dapat membantu orang-orang yang dianiaya. Tapi aku tak pasti, selepas segelintir orang Melayu yang menonton filem ini, adakah mereka akan insaf? Adakah mereka sanggup bersatu dan buat witch hunt besar-besaran untuk sapu dan bersihkan segala bomoh kurafat yang guna ilmu hitam dan jin dari tanah semenanjung ini? Atau adakah filem ini hanya akan menjadi bahan hiburan untuk menakut-nakutkan orang?
Tetapi sad to say, itu sahaja yang dapat dicerna daripada filem ini, ya ia terlalu pendek untuk dibualkan dan terlalu senang garapannya untuk disukai. Tetapi buat aku, Azhari sememangnya punya potensi untuk melahirkan hal-hal yang genius jika beliau diberikan ruang untuk membuat satu filem yang serius dengan isu yang serius. Kerana daripada filem ini, aku nampak, potensi beliau mengarah dan memahami jiwa manusia dan emosinya amat mencapai kepuasan nilai sinema.

0 comments:

Post a Comment