ni lah penulisan blog yg aku cilok dari mana ntah; tp mmg stail cara penulisan dia. aku suka..
"Dalam dunia ini, ada satu penyakit yang menimpa manusia yang aku namakan “Syndrome Mumayiz Down” yang membuatkan pengidap pesakit ini berfikir macam kanak-kanak dan bertindak macam budak-budak walaupun telah memiliki bulu ari-ari yang beruban diseluruh kemaluan...
Mereka di ibaratkan Mr Rowan Atkinson yang berumur 7 tahun tapi terperangkap dalam badan Mr. Bean membuatkan mereka menjadi istimewa di kalangan masyarakat.
Tapi yang jadi masalahnya, mereka ni bukan berpenyakit “Syndrome Mumayiz Down” tapi mereka ni adalah golongan cari penyakit atau memang sengaja membiarkan diri menjadi bodoh bangang dengan bertindak dan berfikir macam budak budak walaupun sudah terlalu matang alat kelaminnya.....
Korang boleh check sendiri sama ada korang ada tak penyakit “Syndrome Mumayiz Down” dengan meniliti gejala berikut : .
a) Kencing berdiri
Jika korang seorang kanak kanak, tak nampak salah jika korang kencing berdiri sebab korang belum mumayiz dan tidak tahu membezakan antara najis dan makanan, tapi aku tengok dah ramai budak budak yang elok jer kencing duduk.., tapi korang ni pulak, umur dah 40 tahun lebih tapi masih kencing berdiri kat tayar lori, apa kes?? Tak tahu ke ada azab kubur khas untuk mereka yang..arghh malas aku nak tulis, rujuk ustaz.!
b) Tak solat
Biasa bila dah kencing berdiri, air kencing terpecik kena kaki seluar dan korang mulai buat alasan untuk sengaja melengahkan solat.., itu cerita lain, tapi ada cerita bapak budak yang tak nak solat langsung.., tak mumayiz lagi ke? jika korang adalah seorang budak yang belum berkhatan dah tentu boleh korang cakap korang tak suci dan kotor kerana dalam kerandut zakar engko ada tahik zakar.., solatpun tak sah.. takpe, tapi dah besar panjang korang punya zakar, lubang kencing dah banyak berlaga tapi sengaja tak nak solat memang cari penyakit betul!.., jika orang yang tak jaga adab ketika beristinjak sebelum solat kena azab kubur, cuba teka apakah azab untuk orang yang tak solat pulak? Isk.. isk.., orang yang tak solat akan di azab macam orang kapir…oh!
c) Merajuk
Sikit sikit nak merajuk, Sikit sikit nak merajuk, macam budak pempuan, lepas tu tak nak bertegur sapa, aku tegur buat bodoh.., pujuk pun tak makan, hmmm, masa aku bujang dulu, jika ada member aku yang merajuk aku tumbuk, aku tak kira, ada ke patut duduk dalam satu rumah sewa nak tarik muka macam budak pempuan?, aku ke dapur kau pergi ruang tamu, aku ke ruang tamu kau masuk bilik dan kunci.., cis, kalahkan anak dara.., takpe, lepas tu aku cari hari yang tinggal kami berdua jer dalam rumah sewa, aku try slow talk tapi tak makan, aku terus ajak bertumbuk suruh dia lepaskan apa yang tak puas hati, dia masih buat donno, aku terus tumbuk dada dia, baru nak bercakap sambil nangis nangis.., buruk betul..! hmm, baguslah, orang lelaki kena buat macam ni, jika tak nak bercakap kita tumbuk terus, lepas tu dah lepaskan segala kemarahan, berbaik semula, pergi makan keropok goreng dan minum teh tarik.., takkkan tak tahu 3 hari tak bertegur sape, tak cium bau shurga? Maka demi shurga aku tumbuk muka engkao, padan muka engko!!
d) Takut hantu
He he he ni satu, budak budak bila dengar azan buat don’t know terus main tapi jika dengar bunyi burung hantu atau bunyi daun pintu di tolak angin, huh! Menggigil gigil.., hey mana puntianak? mari ambik bapak budak nie.., dia nak cabut paku kat tengkok ko hei hei hei hei hei…. jangan pandang belakang.., pandanglah side mirror - (nampak tak hantu perempuan sedang gosok gigi dengan pisau cukur sampai pecah gusi dan bibir, darah memercik di sini sana.. woha!), apa kes ?! dah berjanggut atas bawah tapi takut HAN-TU lebih dari takut TU-HAN.. oh! Tak mumayiz betul..
e) Perasan betul..
Satu hari seorang nenek tidur ngan cucu dia, sekali kencing malam daa, bila orang tanya kenapa sebelum tidur tak kencing dulu, dia kata, saya tak kencing.., nenek yang kencing!! Ha ha ha! Hari ni dalam masyarakat dewasa yang berbulu sini sana, suka betul salahkan orang lain dan karang cerita sambil menumpat, habis barisan pucuk pimpinan kerajaan di kutuknya, lepas tu kutuk system, kutuk polis, kutuk media, artis, sekolah, balairaya, ibu mengandung, ahli masjid, tapi tak sedar diri jadi tua kutuk, nampak salah orang lain jerrr, perasan betulllah tu.., nanti akhirat kelak Allah kunci mulut, ha! Barulah tangan dan zakar berkata kata siapa yang salah dan siapa yang betul… budak-budak jer suka cerita buruk orang lain.. rentikanlah, umur dah masuk 40 tahun tak payahler nak mengumpat kerajaan.., baik kutuk diri sendiri, mengaku berdosa dan bertubat.. amin.
0 comments:
Post a Comment