Manusia oh manusia, hebat ke engkau? Cipta bangunan tinggi2, cipta (sebenarnya reka bukan cipta)senjata canggih2 dalam masa bertahun2, hebat ke? Sekali datang tsunami, sekali datang gempa bumi, taufan, tak sampai 10 minit, apa yg korang bangunkan, dan apa yang korang agungkan sujud menyembah bumi, menjadi padang jarak..padang terkukur…
Dunia oh dunia. Hebat ke engkau? Menterbalikan manusia sana sini? Mendatangkan bala bencana? (bencana alam or bala Allah?), padahal engkau tak de apa2 ape pun, sumua kuasa Allah! Allah guna malaikat sebagai perantaraan untuk mendatangkan bala bencana, Ada malaikat yg boleh musnahkan dunia ini dalam sekelip mata(izrael), ada malaikat yg mana jika diletakkan seluruh air laut di kepalanya, satu titik pun takkan tumpah…(jibrail-selaku ketua malaikat)…
Malaikat oh malaikat? Hebat ke engkau? Engkau pun tak de kuasa, semua datang dari Allah…ketika Nabi dan malaikat jibrail hendak naik ke atas arash, malaikat jibrail bagitahu pada nabi, yg dia tak boleh naik atas, jika dia naik, maka binasalah dia…bermakana alangkah hebatnya Nabi Muhammad s.a,w kerana dapat naik atas arayh berjumpa Allah secara langsung untuk menerima SEHEBAT-HEBAT AMALAN iaitu SEMBAHYANG!
DAN SEHEBAT-HEBAT AMALAN ini, iaitu SEMBAHYANG ini, diletakkan ke atas ‘bahu’ setiap umat akhir zaman..(aku dan korang) maka alangkah hebatnya umat akhir zaman kerana di beri amalan yg paling hebat menandingi amalan umat terdahulu, inilah sebaik-baik ummat…tapi….sungguh sedih dan terkilan apabila amalan yg hebat ini telah di sia-siakan isk..isk…
Cuba korang bayangkan, jika raja dah sayang kat korang lalu bagi anugrah sebuah keris hitam bersepuh emas…tapi korang sia-siakan, korang letak merata-rata keris emas tersebut, anak2 korang buat mainan, buat kopak kelapa, buat itu –ini …kalau raja nampak, tentu raja tikam korang ngan keris tuh! Begitulah perumpaaan bila korang solat main2, solat lengah2, sengaja tak nak solat jemaah, nanti Allah akn campakkan sembahyang kat muka korang macam kain buruk!..nauzubillah…isk..isk…
MENGAPA SOLAT JADI TAK BEST?
Pernah satu hari seorang raja bertitah, sesiapa yg dapat masak makanan paling best untuk beta, akan dapt anugerah, maka datanglah sorang tukang masak handal yg ambil masa sehari suntuk untuk masak makanan yg best, bila dah siap, dan bila raja dah makan, raja kata: tak best pun biasa2 sajer…kih kih kih
Maka datanglah tukang masak dari Negara sebelah dan offer satu masakan yg best yg ambil masa seminggu untuk di siapkan, tukang masak ni telah buat 3 hidangan,:
Meja 1: Sea food
Meja 2: West food
Meja 3: Selera kampong.
Bila raja ni makan, pening raja ni..best memang best tapi banyak sangat, macam sampah, aku nak satu menu sahaja, dan yg paling penting: BEST!
Akrian, mamat (korang tentu kenal ngan mamat hih, he he) telah sanggup sediakan makanan yg best tapi perlu masa satu bulan.
Satu bulan?
Tentu best: fikir raja he he he.
Maka raja pun datanglah rumah mamat dan Tanya:
Dah Siap Belum?
Belum lagi tuanku, baru satu minggu, lagi 3 minggu tuanku datanglah he he.
(Aku ringkaskan cerita)
Raja datang lagi kemudiannya:
Dah siap belum?
Belum tuanku, lagi 2 minggu tuanku…
(Aku ringkaskan lagi)
Raja dah tak sabar nak makan makanan yg best…
Dah siap belum?
Lagi 1 minggu tuanku, tuanku harap bersabar…
Raja dah geram, selera dah terbukak, takpe2, minggu depan aku datang…
Minggu depan.
Dah siap belum mamat?
Tuanku, oh tuanku, besok baru cukup sebulan, tuangku datanglah besok ye (he he he.)
Pada keesokkannya raja datang pada awal2 pagi, semalam raja tak makan apa2 pun takut selera ‘bertindih’..
Maka kata mamat: “tuanku, makanan tu hanya boleh makan pada waktu tengahari, apa kata kita pergi berburu dulu tuanku, lagi pun makanan tu akan lagi sedap jika ada daging panggang..”
Raja dah kecur air liur dah, tapi raja akur dengan keputusan si mamat, maka raja dan mamat pun pergilah berburu..
Pendek cerita, naik bukit, turun bukit, redah belukar, lurah dan rimba :
satu ekor binatang pun takde! haripun dah petang, raja pulak dah lapar…
Sampai rumah mamat petang tu.
Mamat2 ! Cepat, beta dah lapar nih bawa makanan tu cepat.!
Korang tahu apa mamat kasi kat raja tuh, nasi putih jer..
Tapi raje tu makan dengan penuh berselera, tup-tup, habis!
Mamat aku nak air,
Mamat bagi air masak(he he he)….glup! glup! Habis raja tu minum..
Amacam tuanku?,
Sedap?
Raja kata: Sungguh sedap.. burrp!
Dan raja tu pun tertidur kekenyangan….
Jadi ‘the moral of the story is:’ mengapa solat korang rasa tak best..sebab korang tak bersungguh! Korang tak bersungguh untuk solat. Cuba korang buat camnih: eh, dah masuk zohor belum? Bila nak masuk nih, korang datang awal masjid, pakai baju sunnah, memang bestlah! Sungguh best!, mamat kat kampung aku kalau nak main bola kat hujung kampung pun pakai jersey lengkap-dia kata ada ‘feel’..,tapi time solat pakai kain pelaikat sehelai, macamana nak ‘feel’ solat…
Aku dapt rasakan perbezaan kalau hari jummaat, bila aku pergi awal, pakai baju sunnah, pakai serban duduk zikir, iktiqaf tunggu azan, bila time solat rasa sungguh best! Tapi kalau datang org dah ktubah, duduk pulak saf belakang..ajer, solat rasa cam gitu-gitu jer(aku lah nih..korang tak kot..)…jadi korang dan aku kena bersungguh ngan solat nih, kalau boleh bawak uniform khas dalam beg(macam superman/spiderman/cicakman), bila nak azan tukar baju, dan dengar azan dalam masjid, memang bestlah…org perempuan pulak, lagi sepuluh minit nak azan pergi siap-siap, pakai kain sembahyang dan tunggu azan, lepas tu senyum2 kat suami sambil angkat2 kening, suami korang akn malulah he he he. Jangan jadi cam nih pulak:, aik baru jer aku solat zohor, dah asar pulak! He he kalau macam nih memang kesianlah kat korang..(aik!? baru solat isyak dan nak subuh dah? He he he)
Kalau ada game bola, korang boleh tengok macam2 stail penonton, ada yg tengok kat rumah dalam tv, ada yg just nak tahu keputusan, ada yg just tengok berita, ada yg just baca surat kabar, ada yg tak pedulipun keputusan bola..tapi yg paling best, yg tengok bola kat stadium sambil jerit2, dan siap conteng muka lagi ha ha ha..itulah penonton yg paling best!...jadi kalau solat ada yg solat kat rumah, ada yg solat lengah2, ada yg solat depan mertua(mamat jangan marah..he he) ada yg tak solat, tapi yg paling best dapat solat kat rumah Allah, alhamdulillah…amin…kalu nak lagi best, jadi mayat, tak yah solat, duduk depan org solat kih kih kih…(cakap kat aku sendiri..)
aku kategori yg mana ek?? baik cikiiiiit dari mayat kot....
0 comments:
Post a Comment