M.O.M.O.K ????


ANTARA PERSOALAN YANG SERING ADA KAT KEPALA AKU TENTANG MAKHLUK YANG SEKOR NI

Jin dan syaitan sememangnya wujud sebagaimana janji Allah ke atas setiap anak Adam yang lahir,maka akan ada syaitan yang bakal menggodanya sepanjang hidup.Itulah juga sumpah iblis laknatullah.

Seperti lazimnya jin dan syaitan akan semakin aktif bilamana tuan punya diri sendiri begitu lemah pertahanan imannya.

Apa yang dikesalkan ialah ada pihak pihak yang tidak bertanggung jawab cuba mengaktifkan segala jin ,syaitan,puaka puaka yang sudah tidak disebut orang namanya tapi kini sentiasa berada di bayangan mata sebahagian orang yang lemah benteng pertahanannya.

Lihat sahaja filem filem seram yang sepatutnya tidak ditayangkan tetapi semakin menjadi jadi di kaca TV.

Baru saja cerita bersiri Nenek Kebaya yang disiarkan TV3 berakhir,terus saja disambung dengan cerita seram Cucu Betong .Kisah Saka,Puntianak dan macam macam hantu lagi yang dipaparkan stesyen TV swasta terutamanaya pastinya menanamkan rasa seram di kalangan penonton yang lemah imannya.Maka inilah peluang yang ditunggu segala puaka ,hantu jembalang untuk kembali bermaharajalela menawan hati manusia supaya lebih takutkan hantu berbanding pencipta yang Maha Agung,Allah Taala.

Apakah tujuan kisah kisah ini dipaparkan di kaca TV sebenarnya untuk melihat pengajarannya atau untuk keuntungan perniagaan semata mata?Kalau pihak yang berkuasa dulunya bising dengan Video Sakaratul Maut yang dipasang cikgu cikgu sekolah dianggap boleh merosakkan pikiran anak anak,mengapa pula tidak bising dengan cerita cerita hantu yang sudah banyak memberi kesam buruk berbanding kebaikkannya.Remaja hari ini bukan saja mudah dirasuk hantu tetapi sebahagainnya sudahpun menjadi hantu!


1. Apakah hantu itu daripada kalangan syaitan atau jin?

2. Apakah makhluk halus ini berbentuk seakan gelombang yang memiliki
frekuansinya yang tersendiri.

3. Apakah perkara atau bahan-bahan yang digemari oleh hantu?

4. Apakah bahan-bahan yang tidak disukai oleh hantu (Hantu akan lari bila
ada benda ni berhampirannya)?

5. Apakah hantu boleh mencederakan seseorang?

6. Bilakah waktu yang sesuai untuk hantu masuk ke dalam tubuh seseorang
manusia dan merasuk?

7. Apakah cara biasa yang boleh dilakukan bagi menghalau hantu?

8. Mengapa kebanyakan orang takutkan hantu?

9. Ketika ditindih hantu, apakah kita dalam keadaan jaga atau dalam
keadaan tidur?

10. Apakah hantu ada tempat kediaman tertentu seperti di bawah pokok besar
, di perkuburan atau sebagainya?

11. Apakah hantu takut kepada bomoh hantu ?

12. Apakah hantu boleh ditangkap dan dikurung?


Terima kasih.

Pandangan pun boleh, pendapat pun boleh , fakta pun boleh cerita pun boleh
juga.

0 comments:

Post a Comment