Bab* s*al punye selsema!!!!!
VIRUS pada aku adalah racun atau toksin, tu je yg aku faham. racun kalau kita amik, jawabnya keoo0ookk laa..
Teringat aku masa waktu budak-budak dulu,
takut dan hilang keyakinan bila dengar tok guru sekolah agama bercerita pasal hari kiamat. aku ni kan budak yang baru masuk sekolah, langsung buat hipotesis kendiri "buat apa pergi sekolah, pastu jawab periksa kalau dunia ni kiamat??"
Alhamdulillah, bila aku besar kisah kiamat yang dipersembahkan dengan cara yang begitu menakutkan oleh tok guru aku tu itu dapat jgk aku fahamkan dan rasionalisasikan kemudiannya. pandai jugak tok guru aku ni jadi tukang karut mcm dikir barat huhuhu
TAPI
Kiamat pasti akan datang. Tetapi apa yang telah berlaku, yang membuatkan aku cukup positif dan yakin dengan kehidupan, adalah suka duka dijangkiti pelbagai virus dan kuman serta diserang bermacam-macam parasit daripada cacing kepada kutu, pijat, nyamuk dan tungau.
masa zaman aku kecik2 dulu jugak selalu la diserang lelah, kudis buta, demam panas dan jangkitan berbagai-bagai jenis cacing sehingga perut pun buncit
Maka selain daripada menjadi amat biasa dengan rawatan – daripada serapah jampi oleh dukun dan bomoh kepada suntikan oleh doktor – aku menjadi “philosophical” mengenai kehidupan, iaitu macam mana pun kita mencuba akhirnya alam semula jadi akan mengatasi daya usaha dan kepandaian kita
tak dapat lari daripada kuman dan virus kerana sesetengah daripadanya berada dalam badan kita daripada saat kita lahir hinggalah selepas kita mati. Organisma inilah yang menghadamkan makanan yang kita makan. Dan organisma ini jugalah yang akan mengitar semula jasad kita menjadi abu dan debu.aku belajar sains dulu kat sekolah, Badan kita ni menjadi tuan rumah kepada jutaan mikro organisma daripada lebih 400 spesies yang selalunya wujud dalam suasana harmoni dan sekali-sekala dalam suasana kacau-bilau. Purata hampir tiga paun berat badan manusia adalah dalam bentuk mikro organisma ini. Virus, kuman dan bakteria menjadi masalah apabila badan kita sendiri menjadi lemah kerana terlalu banyak makan bahan-bahan yang memudaratkan kesihatan seperti gula, lemak
Atau apabila kita mencemarkan persekitaran kita dengan kekotoran, racun dan kimia yang merosakkan bekalan air dan menipiskan lapisan ozon.
aku jugak ada terbaca kat artikel apa ntah,
Apabila badan kita lemah dan persekitaran kita kotor, maka virus dan pelbagai organisma mikro yang hidup dalam badan kita atau di sekeliling akan turut berubah (mutate) untuk melindungi diri mereka.
Dalam proses mutasi ini, ada organisma mikro yang dulunya tidak berbahaya bertukar menjadi berbahaya dan yang tidak membunuh akan membunuh. Itulah yang terjadi dengan virus selesema babi apabila ia menjangkiti manusia dan berubah menjadi pembunuh.
.....BABI.....
Al-Quran mengharamkan babi bukan kerana leher atau kakinya yang pendek. Atau wajahnya yang hodoh. Al-Quran mengharamkan babi kerana ia berupa haiwan yang menjadi tuan rumah paling subur bagi pelbagai jenis virus dan bakteria.
Oleh sebab babi mudah dijangkiti kuman dan virus, ahli sains dan penyelidik kerap menggunakan babi sebagai platform ujian dan tempat menyemai serta menghasilkan pelbagai serum dan antibiotik. Sekarang lebih ramai menggunakan lembu sebagai platform kerana isu haram dan halal.
Jadi, dalam konteks perancangan masa depan dan pengawalan virus, eloklah difikirkan semula kearifan (wisdom) menggalakkan pemeliharaan babi.
Serentak itu kita memesatkan kawalan ke atas kesihatan haiwan ternakan agar virus haiwan tidak “melompat” dan menjangkiti manusia dan merebak dari manusia ke manusia seperti yang berlaku dengan selesema babi dan tidak lama dulu, selesema burung (avian flu).
Selain babi peliharaan, kini babi hutan mula menjadi masalah besar di kampung-kampung dan ladang berhampiran hutan.
Beberapa persoalan mengenai selesema babi yang kini menjadi wabak global:
1. Adakah angka jangkitan dan kematian yang nampak tinggi di Malaysia berpunca daripada kelemahan sistem kesihatan, perubatan dan kawalan penyakit?
2. Adakah sistem kesihatan dan perubatan kita masih tidak belajar daripada wabak-wabak yang dibawa oleh haiwan yang berlaku dan meragut nyawa sebelum ini seperti selesema burung dan Virus Nipah yang juga dibawa oleh babi?
3. Adakah benar negara-negara jiran mengalami jangkitan dan kematian yang lebih rendah atau mereka tidak menghebahkan atau menghebohkan angka sebenar?
4. Adakah kerana gaya hidup, amalan pemakanan dan pendedahan kita kepada perubatan moden, khasnya penggunaan antibiotik, maka kekebalan (immunity) kita kepada penyakit telah menurun?
5. Adakah tahap kesihatan asas penduduk Malaysia begitu rendah sehingga mudah dijangkiti oleh virus H1N1 dan banyak yang mati akibatnya?
6. Dan akhir sekali, adakah kita tidak mengambil berat soal kebersihan, kesihatan dan rawatan?
M.O.M.O.K ????
Seperti lazimnya jin dan syaitan akan semakin aktif bilamana tuan punya diri sendiri begitu lemah pertahanan imannya.
Apa yang dikesalkan ialah ada pihak pihak yang tidak bertanggung jawab cuba mengaktifkan segala jin ,syaitan,puaka puaka yang sudah tidak disebut orang namanya tapi kini sentiasa berada di bayangan mata sebahagian orang yang lemah benteng pertahanannya.
Lihat sahaja filem filem seram yang sepatutnya tidak ditayangkan tetapi semakin menjadi jadi di kaca TV.
Baru saja cerita bersiri Nenek Kebaya yang disiarkan TV3 berakhir,terus saja disambung dengan cerita seram Cucu Betong .Kisah Saka,Puntianak dan macam macam hantu lagi yang dipaparkan stesyen TV swasta terutamanaya pastinya menanamkan rasa seram di kalangan penonton yang lemah imannya.Maka inilah peluang yang ditunggu segala puaka ,hantu jembalang untuk kembali bermaharajalela menawan hati manusia supaya lebih takutkan hantu berbanding pencipta yang Maha Agung,Allah Taala.
Apakah tujuan kisah kisah ini dipaparkan di kaca TV sebenarnya untuk melihat pengajarannya atau untuk keuntungan perniagaan semata mata?Kalau pihak yang berkuasa dulunya bising dengan Video Sakaratul Maut yang dipasang cikgu cikgu sekolah dianggap boleh merosakkan pikiran anak anak,mengapa pula tidak bising dengan cerita cerita hantu yang sudah banyak memberi kesam buruk berbanding kebaikkannya.Remaja hari ini bukan saja mudah dirasuk hantu tetapi sebahagainnya sudahpun menjadi hantu!
1. Apakah hantu itu daripada kalangan syaitan atau jin?
2. Apakah makhluk halus ini berbentuk seakan gelombang yang memiliki
frekuansinya yang tersendiri.
3. Apakah perkara atau bahan-bahan yang digemari oleh hantu?
4. Apakah bahan-bahan yang tidak disukai oleh hantu (Hantu akan lari bila
ada benda ni berhampirannya)?
5. Apakah hantu boleh mencederakan seseorang?
6. Bilakah waktu yang sesuai untuk hantu masuk ke dalam tubuh seseorang
manusia dan merasuk?
7. Apakah cara biasa yang boleh dilakukan bagi menghalau hantu?
8. Mengapa kebanyakan orang takutkan hantu?
9. Ketika ditindih hantu, apakah kita dalam keadaan jaga atau dalam
keadaan tidur?
10. Apakah hantu ada tempat kediaman tertentu seperti di bawah pokok besar
, di perkuburan atau sebagainya?
11. Apakah hantu takut kepada bomoh hantu ?
12. Apakah hantu boleh ditangkap dan dikurung?
Terima kasih.
Pandangan pun boleh, pendapat pun boleh , fakta pun boleh cerita pun boleh
juga.
Anak Dara Naga.
Kali ni aku nak cite pasal tajuk kat atas ni la. Kat bawah ni aku ada tepek beberapa petikan dari internet pasal hal ni:
Bukan lah nak cakap ape, kalau lelaki merokok tu ok lagi la, tapi kalau perempuan merokok tu agak asing lagi kat Malaysia ni. Walaupon ada perempuan yang merokok di Malaysia, namun jumlahnya hanya kecil sahaja.
Husband ngan wife hisap rokok, nanti anak-anak bolehlah dapat hadiah kanser paru-paru. He Hee.
http://www.skycrewz.net/blog/afdlin-shauki-dan-isteri-merokok/
Kalau merokok sia rasa macam sia pun inda berapa suka especially kalau perempuan. Macam sia rasa ada yang tidak bagus pada perempuan itu .. Kira first impression saja bah...
Tapi kalau sudah kenal, dan kalau dia bagus sia tidak judge itu orang sudah. Itu hal dia lah inda mau jaga kesihatan. :lol: :lol:
Ini pendapat peribadi saja.. no offence ya.
http://www.sabahforum.com/forum/viewtopic.php?f=55&t=392
Salam Aliya...
Minggu ni saya kurang sihat ke sekolah kerana selsema dan keje bertimbun... Last week saya tangkap pelajar lelaki pelbagai bangsa kerana merokok dalam kawasan sekolah...2 india, 1 cina & 1 malay...
Tapi minggu ni hati saya sedih & menangis....semalam seorang ustazah menangkap 4 orang pelajar perempuan Melayu merokok di dalam surau...
aduh... sedih saya.. sebagai guru disiplin jiwa lebih tersiksa bila pelajar perempuan MEROKOK... dah le ditangkap kerana merokok lepas tu menipu pulak kata bapa keje di Ibu Pejabat Polis daerah.
http://pukullima.blogspot.com/2009/02/relief.html
1)hurm?
apsal kalu orang pompuan merokok...orang pandang serong..
kalu laki merokok..some says it macho la...ape la..
hurm... gender bias?
2)aku kalau nak seksi ke, minum ke, aku ok lagi...
tapi, kalau pompuan melayu merokok, hilang rasa hormat aku kat dia..
dan, aku sendiri pon tak isap rokok... wink.gif --->kalo minum lagi xleh blah,bro
http://ittutor.net/forums/lofiversion/index.php/t23951.html
1)tak manis di pandang orang. katalah perangai dia memang baik tapi seorang perokok, orang lain akan memandang serong dan beranggapan negatif juga mengenai dia. lagipun merokok ni membahayakan kesihatan.. kepada perempuan..ianya boleh menjadi punca kepada "Breast Cancer" dan juga Cancer Rahim. elakkanlah merokok..banyak buruk tak ada baiknya.
2)pompan merokok? takde masalah bagi aku..
member2 pompan aku pon banyak isap rokok..
tapi pangai dorang ngn aku yg tak merokok ni sama je..
takdelah jahat mane..
http://www.melayu.com/sembang2/mesej.php?1.0000000181
diskriminasi jantina btol korang.
laki ke pompuan ke sama je.
duit derang, bior la.
asa; pompuan je xbole itu, xbole ini.
kalo laki? sumer normal, sumer ok.
laki ke pompuan ke sumer ade sbb masing2 nk isap rokok.
ako ex-smoker, so ako tau nape derang nk isap rokok.
ala, korang kalo lelaki smoker jumpe plak ngan aawek cun melecun yg smoker gak lebih2 lg isap rokok brand sama, xde de nk jeling2 bwat muke xske.
mate korang tu yg juling, ye la.. dlm ati da ckp "Jimat duit ako kalo dia jadi awek ako, bleh cutting rokok"
so, jgn diskriminasi pls.
sumer manusia yg sama tahap je. ---->ni forum remaja,so jawapan pun camni la:)
http://youthsays.com/answers/3012
Kalo komen dari aku, dulu memang aku tak suka perempuan yang merokok. Tak kisah la sape dorang. Aku bukan gender bias tapi they should know what & why they do it. Kat Arab pun haram merokok(kalo ikutkan,kat sini pun sama). Tapi sekarang mungkin tanggapan aku sedikit berubah. Mungkin aku boleh terima sebahagian daripada mereka, tapi still ada rasa kecewa. Asalkan dorang tak wat bende-bende teruk cam hubungan bebas & minum, rasanya boleh terima lagi. Tapi kalo takyah merokok kan bagus. jangan sampai satu ari nanti aku nak mengurat tapi perempuan yang merokok plak melekat huhuhu mulut bau arang terbakar weekk weekkk...
KrEatIf NgaN dUiT kErTas
Origami is the art of paper folding. The goal of this art is to create a representation of an object using geometric folds
and crease patterns preferably without the use of gluing or cutting the paper, and using only one piece of paper.
Won Park is the master of Origami. He is also called the "money folder", a practitioner of origami whose canvas is the United States One Dollar Bill.
Bending, twisting, and folding, he creates life-like shapes in stunning detail.
One Dollar
One Dollar Butterfly
One Dollar Camera
Two Dollars Battle Tank
Two Dollars Chinese Dragon
One Dollar Crab
One Dollar Dolphin
Two Dollars Jacket
Two Dollars Spider
One Dollar Scorpion
One Dollar Bat
One Dollar Toilet Bowl
One Dollar Penguin
One Dollar Shark
One Dollar Jet
One Dollar Hammer Head Shark
kenapa belum mumaiyiz????
"Dalam dunia ini, ada satu penyakit yang menimpa manusia yang aku namakan “Syndrome Mumayiz Down” yang membuatkan pengidap pesakit ini berfikir macam kanak-kanak dan bertindak macam budak-budak walaupun telah memiliki bulu ari-ari yang beruban diseluruh kemaluan...
Mereka di ibaratkan Mr Rowan Atkinson yang berumur 7 tahun tapi terperangkap dalam badan Mr. Bean membuatkan mereka menjadi istimewa di kalangan masyarakat.
Tapi yang jadi masalahnya, mereka ni bukan berpenyakit “Syndrome Mumayiz Down” tapi mereka ni adalah golongan cari penyakit atau memang sengaja membiarkan diri menjadi bodoh bangang dengan bertindak dan berfikir macam budak budak walaupun sudah terlalu matang alat kelaminnya.....
Korang boleh check sendiri sama ada korang ada tak penyakit “Syndrome Mumayiz Down” dengan meniliti gejala berikut : .
a) Kencing berdiri
Jika korang seorang kanak kanak, tak nampak salah jika korang kencing berdiri sebab korang belum mumayiz dan tidak tahu membezakan antara najis dan makanan, tapi aku tengok dah ramai budak budak yang elok jer kencing duduk.., tapi korang ni pulak, umur dah 40 tahun lebih tapi masih kencing berdiri kat tayar lori, apa kes?? Tak tahu ke ada azab kubur khas untuk mereka yang..arghh malas aku nak tulis, rujuk ustaz.!
b) Tak solat
Biasa bila dah kencing berdiri, air kencing terpecik kena kaki seluar dan korang mulai buat alasan untuk sengaja melengahkan solat.., itu cerita lain, tapi ada cerita bapak budak yang tak nak solat langsung.., tak mumayiz lagi ke? jika korang adalah seorang budak yang belum berkhatan dah tentu boleh korang cakap korang tak suci dan kotor kerana dalam kerandut zakar engko ada tahik zakar.., solatpun tak sah.. takpe, tapi dah besar panjang korang punya zakar, lubang kencing dah banyak berlaga tapi sengaja tak nak solat memang cari penyakit betul!.., jika orang yang tak jaga adab ketika beristinjak sebelum solat kena azab kubur, cuba teka apakah azab untuk orang yang tak solat pulak? Isk.. isk.., orang yang tak solat akan di azab macam orang kapir…oh!
c) Merajuk
Sikit sikit nak merajuk, Sikit sikit nak merajuk, macam budak pempuan, lepas tu tak nak bertegur sapa, aku tegur buat bodoh.., pujuk pun tak makan, hmmm, masa aku bujang dulu, jika ada member aku yang merajuk aku tumbuk, aku tak kira, ada ke patut duduk dalam satu rumah sewa nak tarik muka macam budak pempuan?, aku ke dapur kau pergi ruang tamu, aku ke ruang tamu kau masuk bilik dan kunci.., cis, kalahkan anak dara.., takpe, lepas tu aku cari hari yang tinggal kami berdua jer dalam rumah sewa, aku try slow talk tapi tak makan, aku terus ajak bertumbuk suruh dia lepaskan apa yang tak puas hati, dia masih buat donno, aku terus tumbuk dada dia, baru nak bercakap sambil nangis nangis.., buruk betul..! hmm, baguslah, orang lelaki kena buat macam ni, jika tak nak bercakap kita tumbuk terus, lepas tu dah lepaskan segala kemarahan, berbaik semula, pergi makan keropok goreng dan minum teh tarik.., takkkan tak tahu 3 hari tak bertegur sape, tak cium bau shurga? Maka demi shurga aku tumbuk muka engkao, padan muka engko!!
d) Takut hantu
He he he ni satu, budak budak bila dengar azan buat don’t know terus main tapi jika dengar bunyi burung hantu atau bunyi daun pintu di tolak angin, huh! Menggigil gigil.., hey mana puntianak? mari ambik bapak budak nie.., dia nak cabut paku kat tengkok ko hei hei hei hei hei…. jangan pandang belakang.., pandanglah side mirror - (nampak tak hantu perempuan sedang gosok gigi dengan pisau cukur sampai pecah gusi dan bibir, darah memercik di sini sana.. woha!), apa kes ?! dah berjanggut atas bawah tapi takut HAN-TU lebih dari takut TU-HAN.. oh! Tak mumayiz betul..
e) Perasan betul..
Satu hari seorang nenek tidur ngan cucu dia, sekali kencing malam daa, bila orang tanya kenapa sebelum tidur tak kencing dulu, dia kata, saya tak kencing.., nenek yang kencing!! Ha ha ha! Hari ni dalam masyarakat dewasa yang berbulu sini sana, suka betul salahkan orang lain dan karang cerita sambil menumpat, habis barisan pucuk pimpinan kerajaan di kutuknya, lepas tu kutuk system, kutuk polis, kutuk media, artis, sekolah, balairaya, ibu mengandung, ahli masjid, tapi tak sedar diri jadi tua kutuk, nampak salah orang lain jerrr, perasan betulllah tu.., nanti akhirat kelak Allah kunci mulut, ha! Barulah tangan dan zakar berkata kata siapa yang salah dan siapa yang betul… budak-budak jer suka cerita buruk orang lain.. rentikanlah, umur dah masuk 40 tahun tak payahler nak mengumpat kerajaan.., baik kutuk diri sendiri, mengaku berdosa dan bertubat.. amin.
Aku BerangAN dalam SoLAT
Manusia oh manusia, hebat ke engkau? Cipta bangunan tinggi2, cipta (sebenarnya reka bukan cipta)senjata canggih2 dalam masa bertahun2, hebat ke? Sekali datang tsunami, sekali datang gempa bumi, taufan, tak sampai 10 minit, apa yg korang bangunkan, dan apa yang korang agungkan sujud menyembah bumi, menjadi padang jarak..
Meja 1: Sea food
Meja 2: West food
Meja 3: Selera kampong.
Satu bulan?
Tentu best: fikir raja he he he.
Maka raja pun datanglah rumah mamat dan Tanya:
Dah Siap Belum?
Belum lagi tuanku, baru satu minggu, lagi 3 minggu tuanku datanglah he he.
(Aku ringkaskan cerita)
Raja datang lagi kemudiannya:
Dah siap belum?
Belum tuanku, lagi 2 minggu tuanku…
(Aku ringkaskan lagi)
Raja dah tak sabar nak makan makanan yg best…
Dah siap belum?
Lagi 1 minggu tuanku, tuanku harap bersabar…
Raja dah geram, selera dah terbukak, takpe2, minggu depan aku datang…
Dah siap belum mamat?
Tuanku, oh tuanku, besok baru cukup sebulan, tuangku datanglah besok ye (he he he.)
Pada keesokkannya raja datang pada awal2 pagi, semalam raja tak makan apa2 pun takut selera ‘bertindih’..
Maka kata mamat: “tuanku, makanan tu hanya boleh makan pada waktu tengahari, apa kata kita pergi berburu dulu tuanku, lagi pun makanan tu akan lagi sedap jika ada daging panggang..”
Raja dah kecur air liur dah, tapi raja akur dengan keputusan si mamat, maka raja dan mamat pun pergilah berburu..
Pendek cerita, naik bukit, turun bukit, redah belukar, lurah dan rimba :
satu ekor binatang pun takde! haripun dah petang, raja pulak dah lapar…
Sampai rumah mamat petang tu.
Mamat2 ! Cepat, beta dah lapar nih bawa makanan tu cepat.!
Korang tahu apa mamat kasi kat raja tuh, nasi putih jer..
Tapi raje tu makan dengan penuh berselera, tup-tup, habis!
Mamat aku nak air,
Mamat bagi air masak(he he he)….glup! glup! Habis raja tu minum..
Amacam tuanku?,
Sedap?
Raja kata: Sungguh sedap.. burrp!
Dan raja tu pun tertidur kekenyangan….
Aku dapt rasakan perbezaan kalau hari jummaat, bila aku pergi awal, pakai baju sunnah, pakai serban duduk zikir, iktiqaf tunggu azan, bila time solat rasa sungguh best! Tapi kalau datang org dah ktubah, duduk pulak saf belakang..ajer, solat rasa cam gitu-gitu jer(aku lah nih..korang tak kot..)…jadi korang dan aku kena bersungguh ngan solat nih, kalau boleh bawak uniform khas dalam beg(macam superman/spiderman/cicakman), bila nak azan tukar baju, dan dengar azan dalam masjid, memang bestlah…org perempuan pulak, lagi sepuluh minit nak azan pergi siap-siap, pakai kain sembahyang dan tunggu azan, lepas tu senyum2 kat suami sambil angkat2 kening, suami korang akn malulah he he he. Jangan jadi cam nih pulak:, aik baru jer aku solat zohor, dah asar pulak! He he kalau macam nih memang kesianlah kat korang..(aik!? baru solat isyak dan nak subuh dah? He he he)
aku kategori yg mana ek?? baik cikiiiiit dari mayat kot....
Apa istimewanya semut, ni?
Banyak lagi serangga lain tapi semut juga menjadi pilihan Allah?
Sebenarnya banyak lagi kisah binatang yg Allah lakarkan dalam al-Quran, seperti lembu, burung, anjing, ikan dll…nampaknya ada keistimewaan pada semua binatang2 nih..yg pasti, binatang ni telah menjadi mulia kerana korang dan aku yg membaca al-quran dan Umat Nabi akhir zaman akan menyebut namanya berulang2 sampai hari kiamat…Firaun dan abu lahab, bila di baca namanya dlm al-quran akan di azab, binatang2 nih aku rasa pun akan dpat ganjaran yg baik bila di sebut namanya…Allah maha kaya kan?
Akan datang aku akan cerita satu persatu pasal binatang dlm al-Quran, untuk hari ni aku cerita pasal semut dulu…
Berbalik pada soalan yg telah di tanya oleh encik XYZ, seorang budak sekolah, kenapa ada surah semut?
Jawapanya adalah:-
Kerana semut ajak kaum dia berlindung dari pijakkan tentera Nabi sulaiman.
Maka Allah suka dengan amalan semut ni, maka Allah kekalkan cerita ni dalam Al-Quran, dengar cerita ustaz semut ni nanti Allah muliakan kat akhirat yang mana dia ni Allah tukar jadi manusia dan dapat masuk shurga serta dapat bersetubuh dengan bidadari…(jawapan macam tak sesuai untuk budak sekolah..argh, lantaklah!)
c/o
Jadi cuba bayangkan betapa sukanya Allah kat korang semua kalau korang ajak kawan kawan korang buat baik, lepas tu kawan-kawan korang ajak pulak kawan kawan korang buat baik, dan kawan kawan korang tu ajak pulak kawan, kawan-kawan diorang buat baik dan kawan-kawan diorang ajak kawan kepada kawan, kawan-kawan diorang dan kawan, kawan kawan kawan diorang ajak kawang kuang kuang kuang bla bla bla bla bla bla bla tiga bla puluh bla bla sen bla (ulang c/o sampai hari raya ke dua …he he he)
bILa Nak HijRah
Antara perkara yang buat aku menyampah dalam hidup adalah:, terpaksa mendengar ceramah politik, hampeh betul..!, sebab biasanya ceramah politik kebanyakkannya sampah kerana suka kutuk orang sana sini dan tafsir Al quran ikut isu semasa sambil perasan bagus dan perasan betul, itu yang hampeh, jika tegur mula naik angin dan akan bertambah dosa mereka sebab mempertahankan perkara yang batil..
Hari tu, aku ingat nak dengar ceramah ugama antara maghrib isyak, alih-alih ustaz yang datang mengajar sempena Maal hijrah baru baru ni rupanya ustaz politik, habis digunakan ayat Al quran dan hadith- hadith untuk benarkan perjuangan mereka.., Nabi dulu minta bantuan orang kafir untuk berhijrah, sebab tu kami bergabung dengan parti orang kafir, dahulu Nabi berhijrah untuk bina Negara islam, sebab tu anda semua kena undi parti X sebab kami nak bina Negara islam.., tak undi kami masuk neraka bla bla bla..
Nabi berhijrah untuk dapatkan kerajaan islam? Mekkah tak sesuai nak jalankan hukum islam lalu Nabi berhijrah? Dulu Nabi berhijrah minta bantuan orang kapir menunjuk jalan lalu kami pun bergabung dengan orang kapir kerana ini sunnah Nabi?
Hampeh!
Suka hati laki tiri belah nenek korang jer nak tafsir hijrah Nabi selari dengan perjuangan korang konon.., walhal Nabi masa kat Mekkah dah dapat offer jadi ketua, tapi Nabi tak nak, dan masa Nabi hijrah, ayat tentang hukum hakam belum turun lagi.., dan, arghh, malas lah aku nak tulis dalil dengan korang, sebab nanti bertambah dosa korang sebab ghairah nak menang walaupun salah..
Setahu aku, orang yang sangka Nabi berhijrah nak bina Negara adalah orang kapir Mekkah dan ketuanya Abu Supian, tu yang takut sangat Nabi berhijrah lalu kepung rumah Nabi untuk bunuh Nabi, tapi Nabi dapat jugak hijrah, dan bila Nabi masuk balik Mekkah dengan tentera islam, Abu supian yang sangka Nabi berhijrah untuk dapat kerajaan dengan selamba cakap dengan Bapak saudara Nabi, Abbas r.a..
“Sungguh hebat ‘kerajaan’ anak saudaramu”
Tapi Abbas r.a yang faham ugama sergah balik,: Ini bukan ‘kerajaan’ Ini ‘Nubuwwah’..”
Korang tahu apa itu Nubbuwah?, Nubbuwah bukan kerjaaan, Nubuwwah adalah kenabian, iaitu pengembangan ugama, itulah sebab Nabi berhijrah, untuk ‘kembangkan ugama’., Negara, hamba wanita dan ghanimah adalah natijah Nubuwwah, mana boleh kita berhijrah dengan niat untuk dapat ghanimah, hamba wanita atau Negara islam.., tak ikhlas tu..!
Nabi cakap, orang yang berhijrah akan dapat mengikut apa yang mereka niat, jika niat nak perempuan atau harta atau negara, maka hijrah mereka adalah tidak ikhlas..
Sedangkan Nabi berhijrah adalah kerana empat perkara:
1) Nubuwwah,
2)Perintah Allah,
3) Mekah tidak selamat,
4) Orang Madinah sedia Bantu Nabi.
Tapi korang tafsir Nabi hijrah sebab nak Negara kononnya, tapi korang tak pulak hijrah ke Negara lain sebab dah tuduh Malaysia tak nak islam, tapi suruh hijrah dengan memadai pangkah parti korang, betul ke tu? Oh! Sebab tulah aku benci dengar ceramah politik! please, don't insult my intelligence!
Hampeh!
SaNtAU dA mOViE
MeReMpat dI BuMi UPSI; aPa kEss!!!???????
sekali bUnyi TV hipokrasi punya gelombang sudah sampai ini telinga bru la faham keadaan berita yg dia kecoh2kan tu. pasal masalah posting upanya yek.. kesian kita ni kan yg belajar kat UPSI. merempat upanya kita ni sejak mula kita dftar n sign kat borang2 A4 yg berlambak yg aku sendiri tak tau apa fungsinya borang2 tu. punyelah berpeluh sana sini kat badan aku mengalir duit pun dh mengalir macam air paip pastu berhutang lagi ngan PI TI PI TI EN berpuluh ribu dan akhirnya kita dikatakan bakal memegang jawatan "PENGANGUR" di dalam sektor kerjaya pendidikan 1 Malaysia YAHOO0OOOOO sungguh teruja sekali berita tu kan...
aku bukan pengulas mana2 bidang dalam 1 malaysia ni tp ni just pendapat aku je. KITA SEBENARNYA PRODUK YG TAK PRODUKTIF!! tak produktif kenapa!?? disebabkan ketidakseimbangan antara bidang pendidikan dan penawaran kerja. ok dulu ada kenyatan sekolah rendah untuk lepasan IPG dan sekolah menengah untuk lepasan IPT khususnya UPSI. heyy mana letaknya daulat UPSI sbg satu2nya Universiti Pendidikan!??? dah habis dicabul semua haknya. setiap semester semua U berlumba2 mcm ikan lumba nak tarik pelajar untuk belajar kat tempat diorg. tp aku rasa masatu pihak U ni tak survey pun peratus tenaga kerja yg diperlukan. sebab tu la skrg ni ramai giler budak2 yg berjaya masuk U tp rupa2nya untuk memegang jawatan pengangur hahaha lawak jugak ni... lepasan U lain yg apa ntah bidang diorg amik dulu pun menyibuk mengisi ruang DPLI/KPLI. apsal!!??? kasi sempit ruang bidang major pendidikan la diorg ni; persaingan berlaku. haa dicabul lagi.. sbb ni jugak laa berlambak budak tak dapat posting.
lepas graduate aku ingat nak amik lesen lori n jadi driver lori je. sijil graduate tu boleh la aku tampal kat cermin depan mcm roadtax tu pastu bawak lori ngan baju kemeja, bertali leher dan tag nama sambil bawak rotan huhuuu...