sok sek pasal iklim dunia di Copenhagen


Copenhagen!?? apa benda tu?? jujurnya 1st time aku dgr perkataan tu baru2 ni. aku ingatkan salah satu nama last year sale tahun 09 ni huhuu. tengok belek2 upanya persidangan PBB pasal iklim dunia. Setakat ini publisiti tentang Copenhagen agak terhad di Malaysia . yelah, kan Kita ni rasa malaysia sebagai sebuah negara kecik jeekk, logiknya mestilah hanya memberikan kesan yg ciput je dalam masalah ni.

haaa tp maklumat ni aku dapat dari bacaan aku yg tak seberapa tu; mungkin terselak n terbaca je kot. laporan Pembangunan Manusia PBB pada 2007 diorg tulis Malaysia yg kita cintai ni mencatat pertumbuhan buangan karbon tertinggi di dunia antara 1990 hingga 2004, sebanyak 221 peratus (221%!??)

apsal bnyak sgt tu?? giler ahh.... malaysia skrg ni tengah pesat bangun n berdiri tapi tak berlari lagi dengan industri, otomobil n kemaruk ngan pelbagai pembinaan serta lebuuhraya.. manusia pun makin ramai tambah lagi ngan awek n pakwe dari luar negara yg haram n sah tu. tp kita kat malaysia ada sinaran matahari dan hujan lebat sepanjang tahun yg giler cukup n kadang2 melimpah ruah sampai banjir, tp nape kita tak terfikir nak merangka dasar penggunaan sumber yang lebih cekap. dasar apa tu!?? ntah aku pun tak tau coz aku ni bukan org pandai pun, tau mengkritik n mengomel aje huhuuu.. tp mmg serius pada aku, Kita sepatutnya harus berani merangka Dasar Pengangkutan Negara yang baru, atau dasar klang klong klang yg wajar bagi menggantikan model ekonomi kita selama ini yang menyumbang macam2 masalah.

Perubahan iklim bukan agenda Barat. Kita harus berani memikirkan pelbagai langkah bagi menyekat perubahan iklim, sama ada melalui tindakan kerajaan, pihak swasta, masyarakat mahu pun individu. Negara-negara maju ni lebih bermasalah!!!! yang sudahpun menyumbang pencemaran terbesar harus memikul tanggungjawab, sebagaimana juga negara-negara membangun yang mempunyai sumbangan meningkat kepada pencemaran dunia. hmm agaknya apa la yg uncle obama fikirkan n tindakan dia lepas persidangan copenhagen ni. aku rasa dia lepak minum kopitiam je sambil baca paper n gelak sorang2. dia dah kaya dia peduli apa kat org lain. bumi makin panas, dia naik la roket pergi planet pluto yg sejuk tu huhuuu

0 comments:

Post a Comment